Wednesday, April 13, 2011

MLM Haram vs MLM Haram Jadah = MLM Disahkan Haram?

foto MLM Haram vs MLM Haram Jadah = MLM Disahkan Haram?

MLM Haram vs MLM Haram Jadah = MLM Disahkan Haram?

fajridil.blogspot.com - Al kisah, ada sorang ni pergi pejabat jualan satu syarikat lepas dipujuk kawan rapatnya. Agaknya lepas korek-korek info dapat tahu syarikat tersebut menjalankan perniagaan MLM. Terus dia cakap “MLM Haram! Aku tak nak bagi anak bini aku duit haram!” dan bergegas keluar.

Yang buat saya simpati akan kenaifannya ialah perniagaan sampingan yang dia sedang usahakan juga adalah jenis MLM tapi mungkin dia sendiri tak sedar.

Isu MLM haram memang mengelirukan orang awam. Sampai kalau dengar iklan produk dalam radio IKIM (radio paling islamik di Malaysia), salah satu selling-point iklan produk ialah “kami menjalankan perniagaan satu tingkat sahaja”.

MLM Haram atau Halal perlu dikaji dari dua aspek berbeza :

1. Haram sebab model perniagaan yang tidak islamik. Ini saya panggil MLM Haram.
2. Haram sebab tindakan leader MLM tu sendiri. Ini saya gelar MLM Haram Jadah.

Secara umumnya, MLM tu sendiri haram kita sertai jika :

1. Jual produk haram macam dadah ke, babi ke, rokok ke atau arak.
2. Komisyen dibayar sebab ada downline semata-mata, bukan sebab usaha jualan.
3. Menekankan kepentingan jadi orang terawal sebab orang last adalah mangsa.

Nah, MLM Haram jadah pula lain. Syarikat MLM boleh menjual produk yang halal, berkualiti dan berkesan tapi leader yang haram jadah ni mengambil kesempatan keatas sistem syarikat tersebut agar memberikan pulangan tertinggi untuk dirinya.

Kes yang paling popular ialah leader MLM ni sendiri mempakejkan produk-produk syarikat MLM yang membayar komisyen jualan tertinggi sebagai stok permulaan. Produk tersebut biasanya membabitkan big ticket item aka yang mahal-mahal.

Bila downline tu jadi ahli bawah tajaan leader tu tadi, leader terus lepaskan tanggungjawab menjual stok yang dah dibeli tadi kepada ahli baru.

Sebab tak tahu nak jual macam mana, ahli baru tadi terkapai-kapai. Hubungi leader tak angkat dan telefon kawan lain pun hadapi masalah yang sama. Maka terjadilah produk yang patut dijual beribu ringgit dijual dengan diskaun lebih 70% sebab terdesak nak lunaskan hutang pinjaman peribadi buat beli stok tadi.

Angan-angan pakai kereta besar dan rumah banglo hancur lebur.

Jangan salah faham.

Tindakan beli stok tu tak salah sebab hampir dalam apa jua perniagaan produk fizikal ni memang perlukan stok. Kalau tak ada stok susah pula nak demo nanti. Yang salah ialah tindakan leader MLM tu sendiri yang membiarkan downline-nya terkapai-kapai tanpa sebarang sokongan selepas dijanjikan macam-macam impian.

Sebabkan kes sebegini kian berleluasa, orang umum jadi benci akan segala jenis MLM sehingga mereka sendiri menjatuhkan hukum haram kepada sesuatu yang halal. Lebih kronik, “semua MLM haram” dah jadi satu dogma pemikiran sehingga lebih rela terpinggir melihat orang lain berjaya daripada berusaha mengubah nasib diri.

Jadi, jika anda dengar keluhan “mangsa MLM”, cuba kaji samada MLM yang haram atau orangnya yang haram jadah. Kalau dua-dua pun haram, pergi report polis atau kementerian agar perkara sama tak terjadi kepada orang lain. Dan jika anda berminat nak join mana-mana atau apa-apa MLM, pastikan anda pilih leader yang best. confirm tak menyesal… (kalau tak malas).

Jangan lupa juga 4 strategi perniagaan MLM yang berkesan ini agar model perniagaan tersebut berpanjangan (sustainable) sehingga ke akhir hayat.


**my superkid

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise