Tuesday, April 26, 2011

Farid Zahirulhaq Bin Fajridil Adha

foto Farid Zahirulhaq Bin Fajridil Adha

Farid Zahirulhaq Bin Fajridil Adha

fajridil.blogspot.com - Ahad 24/04/2011 kira-kira jam 1.30 tengahari, isteriku telefon menyatakan ada darah keluar ketika beliau membuang air kecil. Aku bila dengar saja terus menyuruh beliau bersiap-siap dengan kelengkapan yang diperlukan untuk bersalin. Walaupun belum ada rasa sakit, aku yakin bahawa isteriku memang akan bersalin dalam masa terdekat. Aku selalu yakin dengan kata hati aku.

Kemudian aku call mama aku untuk mengatakan tentang keadaan isteriku. Mama aku pun mengatakan perkara yang sama, terus hantar ke hospital. Sesudah solat zuhur, abang aku sampai untuk menggantikan aku di kedai. aku pun terus sahaja bertolak ke Hospital Sultan Ismail bersama isteri, mama dan adik aku.

Ketika ternampak bangunan hospital, kami semua teringat pula disaat papa ku ditahan di hospital tersebut. 3 minggu papa ku berada disana (2 minggu koma). alhamdulillah kini telah sembuh.

Aku terus sahaja hantar isteriku ke bahagian kecemasan (bersalin). Setelah mendaftarkan segala dokumen, isteriku terus sahaja ditahan dalam wad. Jadi memang tepat sangkaan aku untuk hantar isteriku ke hospital. sehingga jam 4.00 petang, nurse masih tidak memanggil nama aku untuk menyatakan tentang keadaan isteriku. jadi aku pergi saja ke surau untuk menunaikan solat asar.

Sesudah solat, kerusi di tempat menunggu (untuk para suami) yang tadinya agak penuh kini telah kosong. hanya tinggal aku seorang disitu. beberapa saat kemudian, nurse bertugas memanggil nama aku. beliau memberi bungkusan baju yang isteri aku pakai ketika mendaftar tadi. nurse tersebut bertanya, "ada bawa barang-barang untuk baby tak". aku cakaplah ada, tapi aku tak turunkan lagi. ada dalam kereta. aku bertanya tentang keadaan isteriku. nurse tersebut menjawab menyatakan bahawa rahim isteriku sudah terbuka 4cm. mengikut apa yang beliau belajar, rahim akan terbuka 1cm setiap jam. jadi ada dalam 6 jam lagi untuk isteriku bersalin.

Jadi setelah aku memberikan sehelai baju, pampers dan keperluan lain yang nurse tersebut mahukan, aku beritahu nurse tersebut bahawa aku nak pergi makan dulu. lagipun kesian mama dan adik aku yang menunggu dibawah. dahlah di bilik saringan dan dewan bersalin tersebut line telefon amatlah sukar untuk dapat, jadi sukar untuk aku beritahu apa-apa info.

Bila nurse dah bagi keizinan, aku terus sahaja turun kebawah untuk membayar deposit di unit hasil. setelah aku berikan segala apa yang diperlukan oleh pihak hospital, aku terus balik ke pasir gudang. aku makan dulu dan bersolat maghrib.

lebih kurang jam 8.00 malam aku sampai di hospital. aku minta izin nak masuk untuk lihat keadaan isteri aku. Nurse izinkan dan bila aku lihat keadaan isteriku saat itu, beliau agak sakit tapi masih boleh dikawal. aku tanya kepada Doktor tentang keadaan isteriku, beliau mengatakan rahim isteriku baru terbuka 6cm. jadi agak terlewat sikit pembukaan rahim isteriku. isteriku bila aku sudah duduk disebelahnya, langsung beliau memegang erat tanganku. aku pesan kepadanya, "jangan ingat yang lain selain Allah". beliau mengangguk. lalu aku minumkan beliau air selusuh. kemudian aku sapukan di kepala, muka dan di perut. ketika aku meminumkan air selusuh tersebut, nurse datang bertanya, "air apa tu ya?". aku cakap air selusuh. jadi beliau suruh minum lagi dan berpesan agar jangan tutup penutup air tersebut. biarkan terbuka sahaja.

Setelah minum air selusuh tersebut, dalam beberapa minit, isteriku menjadi semakin sakit sehingga menjerit menahan kesakitan. aku berpesan agar beliau banyakkan berzikir agar dimudahkan segala urusan. mendengar isteriku menjerit, Doktor bertugas datang memeriksa. beliau mengarahkan isteriku kangkang dan kedua belah tangan pegang di buku lali. ternyata sudah kelihatan rambut anak kami. entah kenapa, ketika itu aku langsung tiada perasaan cemas seandainya perkara buruk terjadi sebab melahirkan anak ini umpama perjuangan hidup dan mati. tapi aku yakin 200% akan pertolongan Allah agar semuanya dipermudahkan.

Bila sudah nampak rambut anakku, doktor tersebut memanggil doktor lain dan nurse bertugas untuk membantu proses melahirkan anak kami. ada lebih kurang 7-8 orang (doktor dan nurse) termasuk aku ketika itu. bila sudah ramai, maka bermulalah proses melahirkan anak. ketika itu aku bertugas memegang kepala isteriku. doktor suruh isteriku naikkan kepala, tutup mulut dan buka mata melihat perut. tangan pula memegang erat kedua-dua belah buku lali.

"Push Fadhilah. Push, Push. Push panjang-panjang". disaat itu isteriku memang sedang sakit untuk melahirkan. Suara aku disaat itu lebih kuat berbanding doktor dan nurse bertugas. aku suruh push panjang-panjang. jangan lemah semangat. peluh aku disaat tu dah macam banjir kilat. nurse bertugas siap tegur lagi peluh aku dah mencurah-curah. mereka semua relax saja. aku yang basah kuyup. hehe.

Disaat baby sudah hampir keluar, doktor suruh push lagi panjang. ini agar memudahkan untuk baby keluar dengan lebih cepat. bila tak boleh keluar juga, doktor terpaksa gunting sedikit dibahagian kewanitaan isteriku, bila digunting sahaja, isteri menjerit bertambah kuat dan ketika itu juga anak kami berjaya dilahirkan. aku memang nampak jelas semua proses tersebut. setelah keluar, baru aku tahu jantina anak kami. Aku mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Betapa besarnya rahmat yang Allah kurniakan kepada kami. Tidak mampu dibayangkan betapa gembiranya kami disaat itu.

Setelah keluar, nurse bertugas membersihkan darah di badan anak kami dan langsung ditunjukkan kepada isteriku yang sedang kesakitan tersebut. Bila isteriku lihat sahaja anak kami, langsung beliau menjerit, LELAKI!!. tersenyum lebar isteriku disaat itu. sehingga kesakitan beliau sudah tidak terasa lagi. yang peliknya, anak kami tidak menangis saat dilahirkan sehingga doktor bertugas memanggil doktor pakar untuk memeriksa lanjut. aku tidak tahu apa-apa dan memang tidak merasakan apa-apa yang pelik. aku senyum sahaja melihat anak kami sedang dibersihkan. aku lihat jelas mukanya tersenyum-senyum bila dibersihkan. bila doktor pakar sampai sahaja, anakku terus menangis dengan kuat. jadi semua yang berada disitu semuanya senyum gembira melihat keadaan anak aku.

kemudian nurse suruh aku ambil wudu' untuk mengazankan anak aku. disaat itu aku telefon mama aku bahawa isteriku sudah selamat melahirkan anak lelaki. jam disaat itu menunjukkan jam 8.50 malam, 21 Jamadil Awal 1432 Hijrah. jadi aku katakan bahawa beliau selamat melahirkan jam 8.45 malam. mama aku rasa amat teruja mendengar perkhabaran aku tersebut. lalu aku azankan disebelah kanan telinga anakku dan diiqamatkan disebelah kiri telinganya.

Disaat aku azan di telinga kanannya, anakku menangis dengan kuat. tapi ketika dipertengahan azan, anakku sudah kembali tenang sehingga habis aku iqamatkan di telinga kirinya. ketika itu aku lihat, anak-anak orang lain yang baru dilahirkan besarnya hanya separuh anakku. senyum saja aku melihatnya. Doktor memberitahu bahawa beratnya 3.61 kg.

Tidak lama kemudian, aku pulang ke rumah bersama hati yang tidak terperi gembiranya. Dah jadi Papa aku sekarang ni. :) .

Esoknya, Isnin 25/04/2011 kira-kira jam 3.00 petang aku bawa pulang isteri dan anakku ke rumah. disaat isteriku sedang mengemaskan barang-barang yang hendak dibawa ke kampung halaman di ayer hitam, aku bermain-main dengannya. ternyata anak kami ini sangat comel dan tenang orangnya. Moga tercapai hajat kami berdua agar anak kami ini menjadi Pemimpin Agama Yang Terulung satu hari nanti. memang itu yang aku impi-impikan selama ini. akan aku usahakan agar anak kami ini diberikan didikan agama pada tahap tertinggi. InsyaAllah.

Sebenarnya, disaat awal kandungan lagi kami telah memilih untuk memberi nama yang bakal dlahirkan. jikalau anak lelaki, kami berikan nama sekian-sekian. kalau anak perempuan, kami berikan nama sekian-sekian. tapi kata hati aku kuat mengatakan bahawa anak kami ini anak lelaki. :)

Kira-kira jam 5.00 petang kami (aku, isteri, mama, fifi) bertolak dari Pasir Gudang menuju ke Ayer Hitam. jam 6.00 petang kami tiba. ternyata anak kami tidak meragam sepanjang perjalanan. beliau hanya termenung melihat persekitaran baru yang dilihatnya :).

Disaat aku mahu kembali pulang ke Pasir Gudang, anakku tiba-tiba menangis. kemudian aku cium-cium pipinya puas-puas. aku bisikkan di telinganya "nanti papa datang semula ya. sekarang papa kena balik dulu. seminggu dua lagi kita terus pulang ke rumah baru kita ya". kemudian anakku terus tenang semula. seakan-akan beliau faham apa yang aku bisikkan. syukur alhamdulillah.

ketika aku melangkah pergi, terasa sedih dibenak hatiku. agak berat hati aku ni nak membiarkan beliau hanya ditemani mamanya tanpa papanya disisi. tapi tak apakan daya, di kampung sajalah isteriku boleh berehat sepenuhnya. jadi terpaksa aku berkorban dalam 2 minggu ni. jadi untuk sementara ni, terpaksa aku kerap pulang ke kampung isteri untuk melihat anak dan isteri.

foto Farid Zahirulhaq Bin Fajridil Adha

Ternyata aku terlalu rindukan isteri dan anakku. terasa lama menjalani hari-hari tanpa mereka berdua. kami berikan nama penyeri hidup kami berdua, FARID ZAHIRULHAQ BIN FAJRIDIL ADHA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

jiwa sifar said...

doktor lelaki ke perempuan sambut?aku ms bini aku beranak nasib ade member doktor kt situ.srh die adjustkan kasi doktor perempuan.anak ko mcm anak aku lambat nangis.ade dengar orang lain bersalin? ape2 hal pun semoga menjadi abah baik.

chuniesaid...

TAHNIAH BRO.. semoga jgn nakal2 mcm papanye yer.. huhu..

NURUL AIN said...

taniah!baby comey!!:)

fajridil adha said...

Azuwan -->> Doktor Perempuan. Anak ko lambat nangis gak eh.. hehe.. org lain bersalin aku tak dengar apa2.. tp yg pasti, org lain dgr bini aku menjerit.. hehe..

Chunie -->> Papanya mana ada nakal. tak kenal maka x cinta. hehe

Nurul Ain -->> T.Kasih.. comey2 mcm mamanya :)

nad said...

tahniah ;)

Ze_Mhis said...

tahniah dapat baby. sedap nama dia. apa maknanya?

terbaru:
1. day one : 10 things about you
2. MAK, KENAPA ORANG BANYAK BULU????
3. KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN

kak hedasaid...

alhamdulillah.. lama tk dengar cite awk.. tetiba dh bgelar papa.. tahniah yer.. semoga kehadiran cahaya mata iaitu Farid Zahirulhaq mengikat lg kasih syg antara suami isteri, menjadi anak yg soleh, berilmu dan membesar dengan sihat, memberi kerahmatan buat awk sekeluarga.. amin..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise