Thursday, October 14, 2010

Sukan Komanwel 2010 dan Skuad Malaysia

foto XIX Commonwealth Games 2010 - Delhi India


Pungutan Pingat Tidak Membanggakan

fajridil.blogspot.com - Sukan Komanwel 2010 atau XIX Commonwealth Games 2010 akan menutup tirainya hari ini. setakat ini, kontinjen Malaysia menduduki tangga ke 10 dengan meraih 8 Emas, 8 Perak dan 12 Gangsa. Jumlah keseluruhan pingat yang sudah diraih adalah sebanyak 28 pingat.

Walaupun sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) adalah sekurang-kurangnya memperoleh 10 pingat emas dan ianya hampir tercapai, tapi pada aku secara peribadi, pencapaian skuad negara masih belum boleh dibanggakan. malah hanya layak diberi markah 3/10.

Bayangkan, dengan jumlah penduduk Malaysia yang ramai dan peruntukan yang diterima oleh MSN sangat mewah, tapi skuad negara hanya setaraf dengan pencapaian skuad Singapura yang setakat ini berada diatas Malaysia dengan mengumpul 9 Emas, 8 Perak dan 9 Gangsa.

Singapura yang hanya mempunyai keluasan negara yang kecil dan jumlah penduduk yang sedikit mampu memungut pingat setara dengan Malaysia. jadi apa yang perlu dibanggakan dengan pencapaian skuad negara saat ini?

Kalau negara kecil sebegitu mampu meraih 9 pingat emas, skuad negara seharusnya mampu meraih 20 ataupun 30 pingat emas. saat itu barulah boleh bercerita mengenai kejayaan skuad Malaysia.

Yang aku perasan, setiap kali kedudukan pingat keseluruhan ditayangkan di kaca tv, pungutan pingat Singapura pasti tidak ditayangkan. mengapa begitu? adakah pihak media sendiri pun malu dengan keadaan tersebut?

Pada aku secara peribadi, tidak perlulah skuad negara ikut serta dalam semua acara. tapi masuk dalam acara yang benar-benar mampu menyumbang pingat sahaja. kalau sekadar untuk suka-suka dan hanya untuk memecahkan rekod peribadi atau rekod kebangsaan, baik bertarung di SUKMA saja.

**Untuk melihat kedudukan pingat keseluruhan, sila ke -->> Medals

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

Anonymoussaid...

eh..malaysia dah dapat 12 emas lah..apsal tak tunggu sampai overall medal tally ni..dah congceng congceng hahah

Anonymoussaid...

tah,,,sengal...12 la dol..tak gune kalu nak komen pasal malaysia kalu ko pun tak tau..tak follow betol2.pastu publish ngarut...apa arrr

abusaid...

korang ni xfaham apa yg dia ckp.. pastu nak tibai dia. baca la tul2.. kan dia tulis, "utk setakat ni" jd dia tulis masa dpt 8 emas. tu pun xfaham ke?

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise