Saturday, September 18, 2010

M.Rajoli Meninggal Dunia

foto M.Rajoli Meninggal Dunia

M.Rajoli Meninggal Dunia Malam Tadi

fajridil.blogspot.com - Selepas tiga tahun menderita akibat menghidap kanser kelenjar otak, pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia pukul 10.45 malam di Hospital Ampang dekat sini semalam.

foto M.Rajoli Meninggal Dunia

M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.

foto M.Rajoli Meninggal Dunia

"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.

M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise