Tuesday, June 8, 2010

Rooney, F**k You Ref!!

foto Rooney, Fuck You Ref!!


fajridil.blogspot.com - Wayne Rooney bukan sahaja terkenal dari segi kemahirannya menjaringkan gol malah juga sangat dikenali dengan sikap panas barannya di padang.

Terbaru, Jeff Selogilwe iaitu pengadil yang mengadili perlawanan pemanas badan terakhir skuad kebangsaan England dengan Kelab Afrika Selatan, Platinum Stars mengkritik sikap penyerang handalan England tersebut.

Selogilwe memberikan kad kuning kepada Rooney kerana beliau memakinya dengan berkata, "FUCK YOU".

Aku secara peribadi tidak terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemain kegemaran aku tersebut kerana pemain hebat lain sebelum ini seperti David Beckham, Eric Cantona, Roy Keane dan lain-lain juga bersikap sedemikian.

Cuma Wayne Rooney ini unik sedikit berbanding yang lainnya kerana sikap panas barannya itulah yang menjadi tarikan untuk orang lain menyaksikannya. jikalau dulu Rooney sukar untuk mengawal sikap panas barannya, tapi kini beliau sudah berjaya mengendalikannya dan meluahkan kemarahannya dengan menjaringkan gol-gol hebat dan penting untuk pasukan.

Setiap penjaga gol pasti akan kecut perut bila berhadapan dengan Rooney. semangat dan kekuatan dalam dirinya sukar untuk ditiru oleh pemain lain. oleh kerana itu beliau sering diletakkan sebagai penyerang tunggal jika beraksi bersama kelab Manchester United. segala tanggungjawab yang diberikan kepadanya pasti akan dijawab dengan kejayaan.

Aku harap bintang Wayne Rooney akan terus bersinar selama perlawanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang akan membuka tirainya dalam masa 3 hari sahaja lagi.

Kepada skuad England, aku harap kalian dapat menjulang kejuaraan piala dunia kali ini kerana aku sememangnya menyokong skuad England sejak dari dulu lagi..

Semoga berjaya untuk Rooney dan kawan-kawan..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

☺NurulZulkifli☺ said...

ingt lg mse World Cup 2006. time england lwn portugal.....jelas kelihatan kebaranan rooney

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise