Monday, June 14, 2010

Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil Diwajibkan?

foto Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil Diwajibkan?

fajridil.blogspot.com - Mengenai hasrat kerajaan untuk mewajibkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan bagi membolehkan pelajar pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, aku secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

jikalau benar kerajaan berhasrat untuk menyatupadukan rakyat melalui bahasa, contohi sajalah negara Indonesia, Jepun dan lain-lain yang menggunakan bahasa ibunda mereka untuk semua urusan. jikalau di Malaysia ini bahasa ibunda kita adalah Bahasa Melayu, maka gunakan sahajalah Bahasa Melayu dalam semua urusan di negara ini.

ini tidak, nama sahaja bangsa Malaysia, tapi nak bercakap dalam bahasa malaysia pun terkial-kial. tapi boleh pula dilantik jadi pak menteri dalam barisan kabinet kerajaan barisan nasional. jikalau di Indonesia, semua bangsa tidak kira melayu jawa, minang, cina, india dan lain-lain, semuanya petah berbahasa kebangsaan Indonesia.

sekolah-sekolah pun tidak boleh diasingkan mengikut bangsa. gunakan satu konsep sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. campurkan semua bangsa dalam satu sekolah. dari situ konsep perpaduan dapat dipupuk. jika sekolah pun masih asing-asing mengikut bangsa contohnya, sekolah jenis kebangsaan (tamil) atau sekolah jenis kebangsaan (cina), maka jangan beranganlah perpaduan sesama rakyat di negara ini dapat dipupuk dengan jayanya.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

Beyta said...

hurm.. pro & contra ader... kena kaji dgn mendalam... jika kata org, bahasa lah yg menyatu padukan rakyat...
pada pendapat sy... kemahiran bahasa Melayu dikalangan bukan Melayu mestilah lebih dititik beratkan... krn melalui bahasa lah penyatuan rakyat dpt dilakukan..

selain itu.. kite org Melayu kdang2 terlupa untuk mendalami perasaan org bukan Melayu... mereka kena belajar bhasa kita... tetapi kita memandang remeh bahasa mereka... dlm saat begini... jika org melayu mahir bahasa mereka.. ia sebenarnya suatu kelebihan.. x de lah kita kena tipu terang2 dengan diowang masa beli barang... hehe...

-beyta-

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise