Tuesday, May 4, 2010

Spiderman Tangkap Pencuri Buku Komik

foto Spiderman Tangkap Pencuri Buku Komik

fajridil.blogspot.com – Seorang pencuri di Adelaide, Australia ditangkap oleh seorang pemilik kedai yang memakai pakaian Spiderman di kedai komiknya.

Kejadian berlaku ketika pemilik kedai itu, Michael Baulderstone, 45, sedang menganjurkan sambutan Hari Komik Antarabangsa di kedainya.

foto Spiderman Tangkap Pencuri Buku Komik

Sempena dengan sambutan itu, seramai 40 orang memakai kostum pelbagai watak komik di kedai Baulderstone.

Namun, pemilik kedai itu yang memakai kostum Spiderman melihat gelagat seorang lelaki yang membawa sebuah beg dalam keadaan mencurigakan.

video spiderman tangkap pencuri buku komik

Dia kemudian memerhati gelagat pencuri itu sebelum menangkapnya dengan bantuan seorang tetamu yang memakai kostum Jedi Knight iaitu watak dalam filem Star Wars dan seorang lagi tetamu yang memakai pakaian watak Flash dalam filem The Flash.

Pencuri itu didapati mencuri senaskhah buku komik X-Men Omnibus yang berharga USD$160 (£97) (RM475).

Semasa Spiderman itu bergelut dengan pencuri, dia menjerit meminta bantuan daripada tetamu supaya menutup setiap laluan menyebabkan Jedi Knight dan The Flash berdiri di pintu keluar.

Ramai tetamu menyangka kejadian itu sebagai satu permainan sebelum mereka menyedari ia merupakan kejadian sebenar apabila Spiderman meminta supaya polis dihubungi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise