Friday, May 21, 2010

Seminggu Sebelum Majlis Akad Nikah

foto Majlis Akad Nikah
gambar hiasan

fajridil.blogspot.com - hari ni, Jumaat (21/05/2010). tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi sebelum aku menukar status bujang kepada suami orang.

macam tak percaya sahaja yang aku ni akan menikah. maklumlah, hari-hari duduk kedai diam-diam. tak kemana-mana, tiba-tiba je dah nak kahwin.

jadi dengan secara tiba-tiba aku terfikir akan majlis akad nikah yang akan berlangsung minggu depan pada Jumaat (28/05/2010) bersamaan 14 Jamadil Akhir 1431 Hijrah. insyaAllah, mudah-mudahan berkat hari Jumaat sentiasa mengiringi aku. maklumlah, dulu aku mula-mula kenal pun pada hari Jumaat, pergi merisik pun pada hari Jumaat, bertunang pun hari Jumaat dan nikah pun insyaAllah pada hari jumaat juga. semua ini bukan dirancang, tapi takdir yang menentukan. aku cuma berserah pada Allah Yang Maha Esa.

mengenai majlis akad nikah, ramai yang berkata bahawa pada masa itu adalah saat yang paling mendebarkan. aku belum alami lagi jadi sukar untuk aku gambarkan perasaan tersebut. tapi apabila sudah ramai yang berkata sedemikian, maka tidak boleh ditepis lagi bahawa saat akad nikah tersebut memang mendebarkan.

aku sampai saat ini masih belum merasakan sebarang perasaan berdebar tersebut. cuma yang aku risaukan, badan aku yang senang dan terlalu kerap berpeluh. bukan badan sahaja, tapi seluruh badan dari kepala, rambut, muka, leher, badan, tangan, kaki dan yang lainnya. bukan kerana takut, tapi ciri-ciri badan aku memang sebegitu. biasanya jika setiap kali minum atau makan, pasti peluh akan membasahi badan aku ni. jadi kalau aku berpeluh masa nak akad nikah nanti, sudah pasti ramai yang akan cakap aku ni takut atau "cuak" nak akad nikah. jadi aku tak mahu perkara tersebut terjadi.

sebagai langkah berjaga-jaga, aku mungkin tak akan minum air sebelum majlis akad nikah selesai, kipas haruslah menghala ke arah aku dan tidak ada orang yang duduk terlalu dekat dengan aku. jadi kebarangkalian nak berpeluh tu dapat dikurangkan.

semoga majlis akad nikah aku nanti berjalan lancar dan juga dengan sekali lafaz, insyaAllah. bila dah selesai akad nikah nanti, aku akan ceritakan perjalanan majlis tersebut pada posting akan datang. sekian. Selamat Pengantin Baru untuk diri aku sendiri. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




9 comments:

fiza said...

Alhamdulillah!!
Tahniah..Tahniah..Tahniah..
Sy doakan agar semuanya berjalan dgn lancar ye...
Semoga kekal bahagia di dunia & akhirat..Aamin:)

Lady D'yot said...

tahniah....!

Unknown said...

Alhamdulillah...

Tahniah ye...

{~ar3-in~} said...

tahniah...semoga dpt pikul tgjwb dgn baekkk..jgn lupe letak gambar kawen yer..:)

srz_alselambauie said...

tahniah semoga berbahagia sllu doakan aku cepat nikah jugaaaaa

Anonymoussaid...

tahniah, semoga selamat dan majlis berjalan dgn lancar dan diberkati allah. Amin.

☺NurulZulkifli☺ said...

nasi minyak...nasi minyakkk

aishah sgsaid...

tahniah cik adha semoga semua jalan ngan sempurna ...

Gina said...

syabas..alhamdulillah..ehem3..invitation card tade ke?

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise