Monday, May 17, 2010

Orang Indonesia Disebalik Kejayaan Lin Dan

foto Orang Indonesia di Belakang Lin Dan

fajridil.blogspot.com - penampilan gemilang pemain perseorangan utama pasukan China, Lin Dan rupanya ditabiri oleh pelatih hebat kelahiran Indonesia.

pada kejuaraan Piala Thomas di Bukit Jalil, Malaysia pada 9-16 Mei lalu, Lin Dan menampilkan permainan yang memang mengagumkan. beliau menewaskan pemain No 1 dunia, Dato' Lee Chong Wei dan pemain utama pasukan Indonesia, Taufik Hidayat pada aksi final.

setiap kali Lin Dan bertanding, jurulatihnya duduk ditepi lapangan, seorang yang sudah uzur. namun bagi para pemain badminton dari China dan Indonesia yang mengenalinya, orang tua itu dikenali sebagai orang yang amat tinggi ilmunya. seorang locianpwe jika mengikut istilah penulis cerita silat masa lalu, Kho Ping Hoo.

orang tua itu, Tang Hsien Hu, Tang Xianhu atau Tong Sinfu adalah merupakan seorang yang sangat dihormati oleh Lin Dan. Pemegang pingat emas olimpik Beijing 2008 ini selalu mengatakan, semua kemenangannya hanya dipersembahkan untuk Tang atau Tong.

"Dia memang jurulatih saya, tetapi saya menganggapnya sebagai datuk saya. dia seorang pelatih yang bertanggungjawab dan saya cukup bertuah memilikinya. dia tidak hanya membimbing saya dari segi teknik, tetapi juga dalam nilai-nilai kehidupan," kata Lin Dan.

Kehadiran Tang atau Tong di tepi lapangan ketika Lin Dan menentang Taufik Hidayat pada perlawanan pertama final Piala Thomas, Ahad (16/5/2010), sebenarnya merupakan psy war yang sangat dahsyat kepada pasukan Indonesia. Tong memang lahir dan dibesarkan di Indonesia. tempatnya di Teluk Betung, Lampung, 13 Mac 1942. "Di Tiongkok, nama saya selalu dipanggil Tang Xianhu atau Tang Hsien Hu, bergantung dialek daerah masing-masing. Namun, orang tua saya memberi nama Tong Sin Fu," katanya tahun lalu.

Kembali ke Tiongkok pada tahun 1950-an, dia kembali ke Indonesia sebagai jurulatih pada 1986. Di bawah kendalian Tong atau yang kerap dipanggil "Oom Tong" oleh para pemain, lahir pemain-pemain yang kemudian membawa Indonesia mendominasi dunia bulu tangkis pada tahun 1990-an, seperti Alan Budikusuma, Ardy B Wiranata, Hariyanto Arbi. juga para pemain wanita seperti Susy Susanti dan Lily Tampi.

Oom Tong inilah yang ikut serta dalam projek besar meraih pingat emas Olimpik Barcelona 1992 yang dimenangi oleh Alan Budikusuma dan Susy Susanti. Bahkan, Tong kemudian turut sama dalam melahirkan pemain hebat pada generasi Hendrawan.

Namun, cerita Tong di Indonesia berakhir pada 1998 setelah permohonannya menjadi warganegara Indonesia ditolak. dia kemudian pulang kembali ke China dan kembali dilantik menjadi jurulatih pasukan kebangsaan China. Di tangannya kemudian lahir generasi baru China, seperti Xia Xuanze hingga Lin Dan dan Xi Jinpeng.

jadi tidak salah untuk pasukan badminton kebangsaan Malaysia (BAM) untuk mengimport jurulatih China ini untuk melatih pasukan kebangsaan Malaysia pula. semoga pasukan badminton Malaysia dapat gemilang kembali seperti era Dato' Misbun Sidek, Rashid Sidek dan lain-lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise