Saturday, May 8, 2010

Mangsa Bunuh Tiba-Tiba Muncul Kembali

foto Mangsa Bunuh Tiba-Tiba Muncul Kembali
fajridil.blogspot.com - pihak polis di China sedang memeriksa semula kes seorang lelaki yang dihukum kerana membunuh jirannya 11 tahun lalu setelah "mangsa bunuh" tersebut tiba-tiba muncul dalam keadaan sihat walafiat.

berdasarkan berita Telegraph yang diambil dari Beijing News pada (07/05/2010) dilaporkan Zhao Zuohai dinyatakan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah di daerah Henan atas tuduhan membunuh jirannya yang bernama Zhao Zhenxiang dalam sebuah pergaduhan angkara seorang perempuan pada tahun 1999. hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan menjadi penjara seumur hidup dan kemudian dikurangkan lagi menjadi pejara 20 tahun.

Zhao Zuohai mengaku telah melakukan pembunuhan tersebut setelah satu mayat tanpa kepala ditemui di sebuah tasik berhampiran rumahnya di daerah Zhecheng.

namun "mangsa bunuh" tiba-tiba muncul kembali ke daerah tersebut setelah menghilangkan diri selama 11 tahun dan menghairankan pihak polis.

dilaporkan, Zhao Zhenxiang melarikan diri dari daerah tersebut setelah pergaduhan pada tahun 1999 tersebut. dia pindah tanpa memberitahu sesiapa pun. keadaan tersebut menyebabkan dirinya dikategorikan sebagai orang hilang.

Polis kini berfikir adakah si 'pembunuh' harus dibebaskan dan sedang mencuba untuk memastikan identiti mayat tanpa kepala itu.

Laporan tersebut mengatakan, belum diketahui dengan jelas mengapa Zhao Zuohai telah mengaku bersalah diatas pembunuhan itu. Namun laporan itu menambah, ada kecurigaan bahwa pihak polis telah melakukan penyeksaan keatas si "pembunuh" sehingga mangsa terpaksa mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise