Tuesday, May 4, 2010

Makam Tujuh Beradik Diroboh

foto Makam 7 Beradik Diroboh

foto Makam Tujuh Beradik Diroboh
fajridil.blogspot.com - Menurut laporan berita di Kosmo (04/05/2010), semalam Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah merobohkan binaan batu diatas Makam Tujuh Beradik yang terletak di Pulau Besar bagi membendung amalan khurafat di kawasan berkenaan.

Menurut Rahimin Bani (Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIM), kubur baru itu dipercayai sengaja dibina oleh mereka yang melakukan pemujaan di makam tersebut sejak dua tahun lepas.

Menurutnya lagi, kubur disitu sudah dirobohkan dua tahun lepas dan kawasan tersebut sudah tidak mempunyai kubur lagi kerana telah dipindahkan ke Makam Sultan Ariffin tetapi ia diwujudkan semula malah bertambah menjadi sembilan.

Ternyata masyarakat di Malaysia sudah ramai juga yang terpesong akidahnya. setahu aku, memang sudah ramai masyarakat di negara ini yang memuja kubur-kubur tertentu kononnya untuk mendapat ilmu ghaib agar mereka boleh mengubati pesakit yang terkena penyakit misteri. Wallahua'lam..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise