Saturday, May 15, 2010

Ian Rush Labelkan Sir Alex Ferguson Sampah

foto Ian Rush
Ian Rush

fajridil.blogspot.com - bekas bintang Liverpool, Ian Rush mengatakan bahawa Pengurus dan Jurulatih Manchester United Sir Alex Ferguson bukanlah siapa-siapa jika dibandingkan dengan jurulatih lagenda "The Reds", Bob Paisley. Rush bahkan tanpa segan silu mengatakan Ferguson sebagai "sampah".

foto Bob Paisley
Bob Paisley

Liverpool dan MU memang mempunyai sejarah persaingan yang sangat ketat. kedua-dua kelab merupakan kelab yang paling banyak menjuarai Liga Perdana Inggeris iaitu sebanyak 18 kali. Perbandingan terhadap kedua-dua kelab pun selalu dilakukan termasuk perbandingan diantara jurulatih yang paling berjaya dalam sejarah kelab masing-masing.

foto nama artis mp3 judul lagu
Sir Alex Ferguson

"Ferguson itu "sampah". Bob Paisley adalah jurulatih yang luar biasa. dia sangat hebat. Paisley itu bijak, dia banyak membantu para pemain mengembangkan bakat. dia juga merupakan jurulatih yang paling berjasa dalam karierku," kata Rush yang kemudian disambut dengan gemuruh oleh penyokong Liverpool di Klub Rasuna, Kuningan, Jakarta Selatan pada Jumaat (14/05/2010).

dari segi prestasi, Paisley dan Ferguson memiliki catatan rekod yang mengagumkan untuk pasukan masing-masing. Paisley melatih "The Reds" dalam tempoh 9 tahun dan meraih 19 kejuaraan. manakala Ferguson telah mengabdikan diri di Old Trafford selama 23 tahun dengan meraih 34 kejuaraan.

**setelah membaca berita ini yang dipetik dari "Kompas", aku menilai bahawa Ian Rush ini merupakan seorang yang sombong. tidak selayaknya dia nak melabelkan Sir Alex Ferguson sebagai sampah sedangkan beliau sendiri bukan merupakan seorang jurulatih yang hebat. sebagai pemain pun Ian Rush tidak lah sehebat Pele dan Maradona. jadi memang tidak selayaknya beliau hendak melabelkan jurulatih hebat seperti Ferguson sebagai "sampah". malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa Ian Rush yang sebenar-benarnya sampah kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak bertamadun.

patutlah prestasi Liverpool makin lama makin menjunam. rupa-rupanya ada mentor sampah seperti Ian Rush. jadi kalau nak tingkatkan kembali prestasi Liverpool, Sampah seperti Ian Rush ini tidak sepatutnya ada. malah komen-komen sampahnya ini akan menyebabkan Liverpool bertambah sampah-sampahnya.

kepada Ferguson, tidak usah dilayan "Sampah" seperti Ian Rush ini. perkuatkan sahaja barisan pemain Manchester United untuk musim hadapan. semoga musim depan MU kembali dapat merampas kejuaraan liga EPL dan Champions League. Glory Glory Man United!!..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

Anonymoussaid...

fERGUSON MEMENAG SAMPAH...THATS FACT..BUTOHLAH

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise