Thursday, May 27, 2010

Game Pacman - Kini Boleh Main Game Pac-Man Di Google

foto Game / Permainan PacMan
Game Pacman - Mainkan Secara Percuma Pada Bila-Bila Masa

fajridil.blogspot.com - kemunculan game mini Pac-man (pacman) di halaman utama Google sempena memperingati ulang tahun ke-30 game tersebut ternyata telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. akhirnya Google telah menyatakan bahawa laman permainan tersebut adalah kekal dan sesiapa pun boleh memainkannya pada bila-bila masa.

Marissa Mayer dari VP Search Products and Eser Experience berkata dalam blog rasmi Google, 'diatas permintaan ramai, kami membuat keputusan untuk menyediakannya secara kekal'.

Game animasi tersebut sebelum ini tersedia sebagai pengganti logo Google atau disebut sebagai Doodle selama dua hari iaitu dari 21-22 Mei 2010. kini game Pac-Man tersebut sudah diberikan alamat url yang boleh di akses di alamat url www.google.com/pacman.

Pac-Man adalah permainan yang direka oleh Toru Iwatani yang berasal dari Jepun dan pertama kali dijadikan game komersil untuk Namco pada 22 Mei 1980. untuk memperingati ulang tahunnya yang 30 tahun, Google membuat Doodle khas untuk pertama kalinya yang boleh dimainkan secara interaktif.

untuk memainkan game / permainan PacMan, gunakan tanda anak panah untuk navigasi / kawalan. game ini juga boleh dimainkan bersama dua orang dengan terlebih dahulu menekan butang 'Insert Coin' dan pemain kedua menggunakan butang W, A, S, D untuk pengawalan.

jadi ada tak rasa nak mencuba permainan Pacman ni? kalau nak cuba, sila layari laman ini -->> www.google.com/pacman



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise