Thursday, May 6, 2010

Asus Eee Keyboard PC - Komputer Dalam Satu Keyboard

foto Asus Eee Keyboard PC - Komputer Dalam Satu Keyboard

fajridil.blogspot.com - Asus Eee Keyboard PC dengan rasminya telah dilancarkan pada Selasa (04/04/2010). prototype mula dipamerkan pada CES 2009 dan menjadi produk pilihan CEBIT-Preview 2009 Awards. walaupun sudah setahun sejak dipamerkan, Asus Eee Keyboard PC masih tetap menjadi pelopor produk dalam satu komputer.

foto Asus Eee Keyboard PC - Komputer Dalam Satu Keyboard

bentuknya memang menyerupai keyboard komputer biasa dengan papan kekunci QWERTY standard. namun didalamnya sudah terdapat CPU (Central Processing Unit). dibahagian kanannya juga ditambah layar skrin kecil untuk mengoperasikannya. berat keseluruhan hanya 1 kilogram.

foto Asus Eee Keyboard PC - Komputer Dalam Satu Keyboard

walaupun kecil, kemampuannya sangat luar biasa. Eee Keyboard PC direka sebagai platform komputer bergerak yang mampu dihubungkan dengan pelbagai alat penyambung seperti home theatre, televisyen dan projektor. ia dilengkapi koensi nirkabel kelajuan tinggi dengan teknologi UWB (Ultrawideband).

foto Asus Eee Keyboard PC - Komputer Dalam Satu Keyboard

dengan penyambung UWB, Eee Keyboard PC mampu menampilkan video berkualiti HD 720p ke projektor atau televisyen hingga jarak 5 meter. untuk file data yang lainnya termasuk gambar mampu dilakukan hingga jarak 10 meter. layar sentuh multitouch 5 incinya boleh digunakan untuk setting cursor, menjalankan aplikasi, setting muzik, video dan yang lainnya dengan mudah.

Eee Keyboard PC sudah dilengkapkan dengan solid state drive yang dilindungi anti-goncangan yang mana ia tidak mendatangkan masalah dipindah-pindah ketika masih menyala. selain itu, mikrofon dan speaker berkualiti tinggi juga telah tersedia..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise