Wednesday, April 14, 2010

Video - Mangsa Rogol dan Bunuh Warga Filipina di Abu Dhabi


ABU DHABI: Rakaman video dan e-mel mendakwa dua pembantu rumah warga Filipina dirogol dengan kejam di Abu Dhabi disahkan palsu oleh pegawai Kedutaan Filipina, semalam.

Pengedaran video yang terlalu meluas menyebabkan kedutaan terpaksa membuat laporan rasmi mengenai kes itu kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Filipina di Manila, kelmarin.

Menurut e-mel dan rakaman video itu, dua pembantu rumah Filipina itu dirogol seorang pemandu teksi rakyat Pakistan di belakang pusat beli-belah Marina 20 Februari lalu.

Seorang daripada mangsa dilapor terbunuh manakala mangsa kedua dirakamkan sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Shaikh Khalifa.

Video itu dimuat naik di YouTube dan juga Facebook.

E-mel dipercayai mula diedar pada 22 Februari lalu masih dihantar di seluruh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kini dilapor diterima penduduk Manila.

Akibat pengedaran video yang terlalu meluas, rakyat Filipina yang menetap di Abu Dhabi menghubungi kedutaan untuk memperoleh pengesahan terhadap kesahihan berita itu.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Kedutaan Filipina menegaskan, jenayah rogol itu tidak berlaku sama sekali.

Sementara itu, pihak berkuasa UAE kini menyiasat mereka yang bertanggungjawab menghasilkan dan mengedarkan video dan e-mel itu.

“Selepas siasatan rapi dilakukan, tiada bukti kukuh menunjukkan jenayah rogol berlaku di belakang bangungan pusat beli-belah Marina.

“Pada masa sama, tiada mangsa rogol dirawat di Pusat Perubatan Shaikh Khalifa atau tiada laporan mengenai kematian mangsa rogol seperti didakwa di dalam video itu.

“Kami ingin maklumkan kepada umum, wanita di dakaman video itu bukan mangsa rogol kerana insiden itu tidak pernah berlaku,” kata Duta Filipina, Adelio Angelito Cruz. - Agensi (hmetro)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

tukang colong said...

wuih fotonya gag isi sensor. bahaya kalo ada anak kecil nonton ato ada yang lagi amem pas baca..
;)

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise