Sunday, April 4, 2010

Trend Seluar Londeh / Melondehkan Seluar

foto Stop The Sag

Seluar londeh atau londehkan seluar memberi imej buruk kepada si pemakainnya, kata seorang senator negara AS yang melancarkan kempen "Naikkan Seluar Anda".

Eric Adams, Senator Brooklyn yang menjadi tulang belakang dalam penghasilan iklan bernilai $USD 2000 itu yang dinamakan "Stop The Sag" menunjukkan dua lelaki berseluar jeans melondehkan atau mengendurkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam mereka. Adams tergerak hati untuk menghentikan trend berpakaian seperti itu yang sudah popular di dunia fesyen lelaki. Dia mengatakan bahawa kehormatan dan jati diri dapat ditingkatkan bila tidak berseluar londeh.

foto Trend Seluar Londeh / Melondehkan Seluar

Adams juga mengatakan bahawa dia merasa muak setelah melihat seorang penumpang kereta memakai seluar yang dilondehkan sehingga menampakkan keseluruhan seluar dalamnya. Semua orang yang melihat lelaki tersebut dan menggelengkan kepala mereka. Namun tidak ada seorang pun yang menegur agar memperbaiki cara pemakaian lelaki tersebut.

Itulah dunia fesyen. Banyak yang negatif berbanding positifnya. Di Malaysia ni pun apa kurangnya. Setahu aku, ramai juga para lelaki yang memakai seluar londeh ini. Perempuan pun sama saja. Mereka rasa bangga bila menampakkan seluar dalam mereka. Minda mereka ni semua dah terbalik. Hebat dalam pendidikan dan kerjaya tapi mundur dan kurang beradab dalam etika pemakaian.

Tapi nak buat macam mana, di Malaysia ni pun kerajaannya seperti menyokong dunia fesyen yang sebegitu. Artis-artis juga banyak menyumbang dalam perkembangan tidak sihat ini. Masing-masing berlumba ingin menayangkan tubuh mereka agar menjadi tatapan ramai. Agaknya mereka berasa janggal bila berpakaian sopan seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

cik sepet said...

xsuka lelaki guna sua londeh..nampak hodoh, wlpon bg mereka, itu stylo..stylo koonon..hik3

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise