Friday, April 2, 2010

Sandi Wedhus - Kanak-Kanak 4 Tahun Penghisap Rokok (Video)

foto Sandi Wedhus - Balita Jago Isap Rokok

Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah.

Video selama tiga minit yang dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W @ Sandi Wedhus @ Sandi Macan, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandi Wedhus berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandi Wedhus mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan larangannya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan.


**memang sudah nak cari Video Sandi Wedhus - Balita Jago Isap Rokok ni.. tapi untuk pengunjung blog ni, aku siarkan untuk penilaian anda semua. Kalau nak download pun boleh. aku sediakan link download video ni di bawah..



DOWNLOAD VIDEO SANDI WEDHUS/SANDI MACAN

ATAU

DIRECT DOWNLOAD VIDEO SANDI WEDHUS/SANDI MACAN

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise