Wednesday, April 14, 2010

DJ Pekak Badak!!

foto DJ Pekak Badak

aku sememangnya dah lama bengang dengan dj di tempat aku berniaga ni. sepanjang hari dia buka lagu kuat-kuat. dia ingat pasaraya ni bapak dia punya. aku bayar sewa mahal kat sini. dia tu keje je kat situ. sepatutnya dia kena faham apa perasaan penyewa kedai kalau dia buka lagu kuat sangat.

setelah sebelum ni aku tegur dengan cara yang baik, namun dia masih tidak berubah. maka hari ni aku sudah tidak dapat menahan kesabaran lagi. aku jerit sekuat hati "woiii, pekak badak betul lah!!!!"

semua orang terkejut dengar jeritan aku tu.. si dj mangkuk hayun tu pun kelam kabut slowkan volume speaker. kalau ikut hati aku, memang aku nak bagi flying kick je kat dia. dah lama niat tu ada dalam hati aku. tapi aku kawal diri dari melakukan perkara-perkara tak elok tu. selalunya bila aku dah hilang kesabaran, memang tangan dan kaki je yang berbicara. masa zaman aku menuntut ilmu dulu, dah ramai yang menjadi mangsa.

ada yang makan penampar jet li, penumbuk shaolin, tendangan beckham dan lain-lain. bila dah besar ni aku dah tak nak buat lagi benda-benda macamtu. aku belajar jadi orang yang sabar. tapi kadangkala kesabaran ni sudah tidak boleh dikawal lagi walaupun sudah diperbanyakkan membaca zikir dan lain-lain amalan. terpaksa juga dilepaskan kemarahan tu untuk mententeramkan jiwa.

sekarang ni aku biasa melepaskan kemarahan aku dengan bercerita dengan mama aku. kalau tak pun aku cerita dengan cik fadhilah (bakal bini) atau pun dengan kawan aku, sham tesco. hampir 95% topik kemarahan aku adalah mengenai dj pekak badak ni. asyik benda sama je yang aku ceritakan. hal-hal lain jarang aku cerita kat orang, pendam sendiri je. kalau aku cerita, maknanya memang besar la masalah tu.

dulu abg aku penah pesan, kalau dj ni buat hal lagi, goyang-goyangkan je badan dia suruh kecikkan volume. kalau tak pun, turunkan sendiri volume kat meja dj tu. idea tu memang bagus, tapi aku tak boleh nak buat macamtu. abg aku memang jenis yang sabar. aku pulak jenis yang panas baran. selalu aku diam-diam je. sekali berangin, memang menyinga la aku jawabnya.

selepas aku fikir-fikirkan cara nak selesaikan masalah ni, aku dapat ilham nak guna cara halus. "bukan guna tok bomoh ok!!" cara halus yang aku maksudkan adalah dengan buat solat hajat. minta kat Allah SWT agar dibukakan hati dj pekak badak tu, diberikan pendengaran yang baik kat telinga dia (mungkin dia sound trouble), dan dijernihkan akal dia yang sengal tu agar dia dapat berfikir tentang perasaan orang lain.

aku harap ikhtiar aku ni membuahkan hasil. kerana aku yakin, setiap apa yang dibuat secara yakin dan bersungguh-sungguh, pasti akan membuahkan hasil. InsyaAllah..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

cik sepet said...

sabar aja ya.

jiwa sifar said...

ko pun pasang la speaker kaw-kaw..kasi lawan.

haha..

sham_chelseasaid...

kan aku dah cakap,speaker ko tu letak tempat ko letak songkok...baru tau die sape bgegar...hahaha

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise