Friday, April 30, 2010

Bertengkar Isu Balik Kampung

foto Suami Isteri Bergaduh

fajridil.blogspot.com - Artikel berita harian hari ini( 30/04/2010) yang bertajuk "Bertengkar Isu Balik Kampung" memang menarik perhatian aku untuk membacanya. ini kerana memang perkara-perkara sebegini banyak terjadi di kalangan masyarakat kita.

ramai yang kata bahawa perkara sebegini adalah perkara kecil dan remeh temeh sahaja, tetapi hakikatnya tidak sebegitu. kalau benar ianya perkara kecil, takkan lah perkara sebegini sering menjadi masalah dalam sesuatu hubungan.

ketidakadilan, pentingkan diri, tidak tahu tanggungjawab, tiada kompromi dan sebagainya adalah antara punca terjadinya masalah ini. tapi kali ni aku akan bercerita tentang tiada kompromi.

tiada kompromi antara sesama pasangan merupakan salah satu faktor penyumbang terjadinya masalah ini. kaum lelaki/suami secara alaminya memang ingin pasangan/isterinya sentiasa mengikut kata-katanya. bila si isteri mengikut setiap apa yang disuruhnya, hati suami akan bahagia dan tidak akan berkira dalam apa perkara sekalipun yang terjadi selepas itu. akan tetapi jika si isteri tidak membantah, mulalah timbul konflik yang merosakkan hubungan sesama mereka.

bukan si isteri tidak boleh mempertikaikan kehendak suami, tetapi sebagai isteri, memang tanggungjawabnya adalah mendengar kata-kata suami selagi tidak melanggar hukum syarak. hal berkaitan balik kampung tidaklah melanggar hukum syarak. melainkan jika si suami memutuskan terus ikatan isteri dengan ibu dan bapanya, itu baru salah.

di malaysia sekarang ni yang menjadi masalah adalah disebabkan kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat yang diketuai oleh Dato' Shahrizat Abd Jalil sering menanamkan konsep sama rata dikalangan masyarakat. sehinggakan dalam urusan suami isteri pun terbawa-bawa konsep sedemikian. bukan tidak boleh sama rata, tapi dalam keluarga Islam, kedudukan suami tetap berada diatas dan isteri dibawah. tidak boleh disamaratakan kedudukan tersebut.

tapi yang terjadi kini, kaum isteri menginginkan mereka diberikan hak sama rata tersebut. jadi sudah tentu rumahtangga akan huru hara. tiada lagi fungsi suami isteri bila terjadi hak sama rata dalam keluarga. disitu silapnya konsep tersebut. sang suami sudah tentu tidak akan terima bila si isteri melawan apa yang diinginkannya.

seperti yang semua sedia maklum, tanggungjawab suami adalah kepada orang tua dan ahli keluarganya terdahulu. kedudukan isteri jatuh pada kedudukan nombor dua. jadi adalah tanggungjawab suami ingin membahagiakan hati orang tuanya terlebih dahulu sebelum menjaga hati isterinya. si isteri tiada hak untuk mempertikaian perkara tersebut. tapi yang kini sering terjadi, si isteri menginginkan hal yang serupa. itu yang menjadi konflik. seharusnya si isteri sudah faham akan perkara ini sebelum memutuskan untuk mengikat tali pernikahan. si isteri harus tahu tanggungjawab yang harus dipikul. bukannya menambahkan beban kepada suami.

memang diakui masyarakat kini semakin bijak dalam pelajaran, tapi dalam hal-hal agama, ramai yang masih bangang. tidak perlulah aku kupas mengenai kebangangan masyarakat sekarang mengenai hukum agama dalam topik ini. nanti semakin panjang pula ulasan aku.

aku rasa cukuplah untuk kali ni, jadi secara kesimpulannya, kaum isteri jangan memulakan konflik yang seharusnya tidak terjadi. kaum isteri harus sedar bahawa syurga mereka terletak dibawah kaki suami. manakala syurga suami terletak pada kaki ibu bapanya. kalau mereka rasa tidak boleh nak berkompromi tentang masalah ini, tak usahlah berumahtangga. hidup sajalah sorang-sorang. biar jadi anak dara tua.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




6 comments:

Anonymoussaid...

Salam,

Tertarik dgn ulasan tuan akan hal ni. tapi pd pandangan sy, jgnlah meletakkan hukum tu terlalu berat dibahu sang isteri. dlm kehidupan kita sebagai suami isteri, byk perkara yg perlu kita jalani blandaskan sikap tolak ansur dan muafakat. islam itu kan indah.. Rasulullah pun mjalani hidup dgn isteri2 baginda dgn sikap hormat dan tolak ansur. pada diri sy yg sudah brumahtangga ni, selain dr kekuatan agama dan iman, tolak ansur dan hormat mhormati tu amat penting. Dr kaca mata sy juga, tuan sendiri belum bsedia untuk menjadi suami buat masa ini kerana ulasan tuan sendiri lebih dr mhentam dr mperbaiki... renung2kan lah... Wassalam.

mat skodengsaid...

bro, lama aku x komen kat blog ko nih.. tp bila baca psal artikel ko ni n ada komen dr anon 12.46 PM, aku pun nak komen gak la sket..

dr pengalaman aku, bila sampai time perayaan utk blk kg, mmg selalunya bini yg bikin masalah. dorang kalau boleh mmg setiap kali perayaan, mesti nak balik ke kg dorg dulu. macam biasala, kalau laki x ikut, mula lah nak moncong mulut tu. kalau tak pun muka masam cam hampeh sepanjang masa.

tp aku x amik kisah sgt. lantaklah dia nak masam muka ke apa, yg penting aku ziarah org tua aku dulu. tu yg lebih utama. jd aku nak gak nasihat kat sini.. sbg org yg dah berumahtangga, mmg keutamaan patut diberi pd suami.. sbb mcm ckp ko, syurga suami letaknya di tapak kaki ibunya.. jd dlm apa perkara sekalipun, suami tetap harus mengutamakan ibu bapanya.. bini tak layak nak mempertikaikan benda ni..

ko tu bila nak kawin?

nurul86said...

salam..

walaupun ulasan ni nampak berpihak ke pihak suami, namun ianya mmg benar belaka..

maleksaid...

fuh, kenyataan berani mati ni. sungguh laser mcm ford laser. tapi mmg tepatlah kenyataan hang, dalam hubungan suami isteri, tak boleh disamaratakan hak masing-masing. suami tetap harus diutamakan. suami kan ketua keluarga, jadi suami ada kuasa disitu.

Anonymoussaid...

Assalamualaikum Adha,

Terpanggil gak apabila dgr komen2 yang rata2 memihak pd suami. Mmg benar tanggungjawab suami itu pada kedua ibubapanya..tapi jangan lupa, apabila seorang lelaki itu telah berkahwin, ibubapa mertua juga hukumnya sama spt ibubapa sendiri, maka harus dilayan sebagaimana dia melayan kedua ibubapa kandungnya.
Jangan seorang suami itu hanya tahu menegaskan, keputusan muktamad hanya ditangannya... Hidup berkeluarga mesti bertimbangrasa.. Kalau tak reti... dok dlm zoo..
Bagi si isteri pulak, jg mesti tahu bertimbangrasa dlm hal ini... Buat giliran... ambil cuti sama rata.. Jgn mana2 pihak menyebabkan perasaan ibubapa masing2 berkecil hati... Ibubapa juga pasti kene faham.. apabila anak2 mereka berkeluarga.. masa dan kasih sayang pasti akan bahagi 2...

Pokok pangkalnya... BERTIMBANGRASA

~:: Insyirah ::~

Anonymoussaid...

Kdg2 dlihat ramai suami yg agak mengalah ttg isu ni demi menyelamatkan rumah tangga masing2. Si isteri pula spt menangguk d air yg keroh la apabila si suami seolah2 spt bole di "control". Semuanya hendak dilebihkan sebelah keluarga si isteri, kalo setiap kali cuti sekolah setiap kali itula hendak blk ke kampung dari awal hingga hujung cuti, langsung tidak dibagi peluang si suami utk pulang me kg halaman si suami. kononnya nk tunjuk dia la anak yg bertanggungjawab terhadap mak ayah n adik2 nya (tapi tak ingat pula tanggungjawab si isteri utk mentaati si suami).

Satu lg semuanya hendak samarata sama spt suami. Ada juga yg menyoal kenapa si isteri perlu meminta izin keluar rumah sdgkan si suami tdak prnah berbuat begitu. Soal nafkah, soal dosa pahala tdak pula dsoal kenapa semuanya suami yg tanggung. Ingatlah wahai sang isteri, jgn harap nk bau syurga kalau si suami berasa hati n tidak redha dgn perangai n sikap kamu. Amat mudah utk isteri masuk ke syurga (tp ramai yg tidak tau, ambil remeh n buat2 tak tau):

1) jaga solat
2) jaga puasa
3) jaga hati suami

Senang kan?? Tapi sebab ego n hak kesamarataan yg kononnya dperjuangkan.. Ramai yg tersungkur d pintu Jahannam..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise