Saturday, March 13, 2010

60 Kolej Swasta Dibatal Pendaftaran

foto Kementerian Pengajian Tinggi

Keputusan SPM sudah pun keluar minggu ni. jadi sudah tentu ramai pelajar lepasan SPM tersebut sedang memikirkan tempat pengajian mana yang bakal dijadikan tempat untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Pilihan utama menyambung pelajaran tentulah tertuju ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). tetapi kepada yang tidak berpeluang atau tidak berjaya untuk ke IPTA, sudah tentu IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) akan menjadi pilihan.

Di Malaysia sekarang ini berlambak-lambak IPTS disana sini. jadi jangan tersalah pilih kerana mengikut laporan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, terdapat 60 kolej swasta yang dibatalkan pendaftarannya kerana kolej terbabit gagal menyediakan pensyarah atau tenaga pengajar yang cukup dan tidak menyediakan prasarana serta peralatan pembelajaran yang ditetapkan.

Jadi disini aku sediakan link untuk senarai IPTS yang telah ditarik lesen oleh KDN dan yang mendapat lesen oleh KDN bagi pengambilan pelajar antarabangsa sehingga 31 disember 2009.

Senarai IPTS Yang Telah Ditarik Lesen Oleh KDN Bagi Pengambilan Pelajar Antarabangsa Sehingga 31 Disember 2009 -->> SILA KLIK SINI

Senarai IPTS Yang Mendapat Kelulusan KDN Bagi Pengambilan Pelajar Antarabangsa Sehingga 31 Disember 2009 -->> SILA KLIK SINI


fajridil.blogspot.com

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

Anonymoussaid...

Mana senarai kolej yang dibatalkan pendaftaran???

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise