Monday, September 14, 2009

Al-Fatihah Untuk Jiran Lamaku

Al-Fatihah

semalam aku balik lewat. tutup kedai kul 11.40. sampai rumah kul 11.50 kemudian pegi kedai lagi satu ambil barang pulang. kira-kira jam 1 pagi baru aku sampai rumah semula. baru je nak duduk, berdering pula handphone mama aku. mama aku angkat je, terus ucap innalillah... dalam hati aku berkata, siapa pula la yang meninggal agaknya. lepas mama aku habis berbicara, dia terus keluar bilik cakap kat aku yang jiran sebelah aku masa kat kg masjid masai dulu baru je meninggal dunia. jadi tak sempat lagi nak duduk-duduk, dah kena bersiap-siap pula untuk pergi melawat.

kira-kira jam 1.30 pagi aku bersama papa aku terus kerumah allahyarhamah di tmn bukit dahlia pasir gudang. sampai saja disana, dah ramai yang berada disitu. puratanya orang-orang tua. yang muda tu pun memang saudara si mati saja la. kiranya aku sorang saja la pelawat yang muda usianya. ketika bersalam dengan semua yang berada disitu, aku dapat rasakan kehadiran aku kesana seperti agak istimewa. entah aku yang perasan atau memang kenyataan, aku pun tak pasti. tapi kata hati aku menyatakan sedemikian. istimewa yang bagaimana? susah untuk aku jelaskan dengan kata-kata.

ketika melangkah masuk ke rumah si mati, aku lihat hampir semua yang berada didalam rumah tersebut adalah kaum hawa. kaum adam semua duduk diluar. dalam hati aku berkata, mengapa begini ya?... rumah yang sebelumnya riuh dengan bacaan surah yasin tiba-tiba jadi senyap dengan kahadiran kami. aku rasa segan juga tapi terus saja aku melangkah untuk sedekahkan bacaan yasin untuk si mati. sesudah membacakan surah yasin, aku lihat ramai juga yang menangis disisi si mati. aku pun rasa hiba melihat keadaan itu.

kira-kira jam 2.20 pagi aku sampai dirumah. barulah aku dapat rehatkan badan sikit. aku lihat ada sekotak pizza hut di atas meja. aku pun apa lagi, kasi habis lah. ada la dalam 5 keping. hehe. jam 3 pagi aku tidur. jam 5 bangun sahur pula. kemudian aku ada rasa nak kerumah si mati semula bersama mama aku untuk menguruskan jenazah. tapi berat pula mata ni. jadi aku terus tidur sajalah. jam 9 pagi aku terus ke kedai. tapi ada rasa terkilan juga la sebab tak dapat uruskan jenazah. entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku berminat bab pengurusan jenazah ni. dah tanda-tanda untuk aku menyusul yang telah pergi pula agaknya. wallahualam...

untuk jiran lamaku, Al-Fatihah..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




5 comments:

sharamli said...

alfatihah

Dhada said...

Al-Fatihah (-_-)

Ayuraza said...

innalillah n al fatihah wat arwah dan keluarga.........

balqissy said...

alfatihah...

jiwa sifar said...

setiap yang hidup akan mati...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise