Tuesday, June 16, 2009

Renungan Memujuk Hati

http://www.livinggallery.eu/LGcpg/albums/userpics/10001/MoraineLakePano.jpg

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




12 comments:

Teacher Hafizah said...

dalam maksudmu itu sahabat. cantik gambar tu.subhanallah

Dhada said...

Itulah realiti tentang kehidupan :)

mat skodengsaid...

bro, ni renungan memujuk ati sape? ati ko ke? adei, relax bro, jgn emo.hehe

Anonymoussaid...

ermmm...termenung jap bila bc ayat nie... " semasa dilahirkan, anda menangis dan org disekeliling tersenyum,apabila mati,anda tersenyum dan org disekeliling akan menangis..." ni lah kehidupan..seketika tersenyum,bersedih..kemudian gembira..akhirnya menangis...apa yg penting cara kita mengawasi emosi..n xlupa pd Dia yg mencipta kita di muka bumi nie...kegagalan..kisah hitam..aku tinggalkan d ms lalu..n kini lalui dgn senyuman...tanamkan azam n semangat br...in memory...zienta

melati86ssaid...

sy ada juga terbaca pasal ni tp xdelah secomplete ni. tp betul la, termenung membacanya. penuh dengan kata2 yg bermakna. membuatkan sy teringat kembali akan kekasih yg sy tinggalkan suatu ketika dulu. rasa berdosa diri ni.

♥ Chacha said...

dat is meaning of life...
suke ayat ni:

carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

this is true...
bkn saje senyum.. klu ley bergelak sakan dgn nya...

cheer up..!!

nurul86said...

salam..

hai abg.. dah lama sy xkomen kat blog abg kan.abg pulak senyap mcmtu je. sampai hati. kikiki. berbalik pasal entry ni, sy rasa tersentuh. sama macam melati86, sy pun pernah kecewakan pakwe sy satu masa dulu. rasa bersalah tu masih ada sampai sekarang. nak tak nak sy kena hadapi juga walaupun jauh di sudut hati sy, masih tebal rasa sayang kepadanya. sy fikir boleh dapat yg lebih baik, rupanya meleset. jadi di kesempatan ni, sy nak nasihat sikit, "andai kita sudah ada seseorg yg cukup menyayangi kita, terimalah ia sebaiknya. jgnlah kecewakan hatinya krn kelak kita sendiri yg akan merana". fikir-fikirkan...

Anonymoussaid...

cantik gambar tu. 1st impression yg cukup baik.

FdausAmad said...

Gua nak jemput lu dtg kenduri kat blog gua.
Follow terus pun xpa.Ikut baca doa.

Blog gua tu dah tak seimbang.Ramai budak berat belah punk.

Gua dah 6 hari merantau jemput kenduri ni.

maleeksaid...

kata2 penuh makna..

fajridil adha said...

fiza_sensei -->> xkan gmbr je cantik, tuan punya blog xcantik ke? hehe

dhada -->> realiti bkn fantasi.. :)

mat skodeng -->> adoi, bkn pujuk ati aku la. ni umum. ckp aku emo konon, pdhal ko yg emo.hehe

zienta -->> jgn termenung, nnt tertido plak. hehe

melati86s -->> hoho. penah tinggalkan kekasih hati eh. pegi la minta maaf kat dia. mana tau dia x maafkan lg, awk juga yg merana.

cik ca -->> apa kata awk bgelak tawa ngan sy je. sy pun suka gelak2 ni.hehe

nurul86 -->> salam.. tu la, dah lama x komen. mentang2 ramai peminat, lupa kat jejaka ensem sorgni. hehe. psal citer awk tu, lain kali jgn ulang lg. sama mcm melati, g la cari dia blk. minta maaf diatas apa yg awk dah buat. moga2 idup awk bahagia aman tenteram.

anon -->> gmbr cantik ke tuan blog ni ensem. hoho

fdausamad -->> ada kenduri doa selamat ke beb?

maleek -->> makna tersurat dan tersirat

Anonymoussaid...

yup! betul tu...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise