Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia

Michael Jackson


LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Los Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP ~ utusan


*Salam Takziah. Walaupun bukan seagama, tapi lagu-lagunya ada yang aku minat. Jadi salam takziah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




5 comments:

Anonymoussaid...

erm?? dgr2 kater MJ ni da masuk islam before meninggal..tol ke ah??

Dhada said...

Baru ja baca iklan kt Yahoo td . Mcm tetiba je kn tp tula kuasa Tuhan ..

misz . izzah said...

sangat suke lagu 'heal the world'.
btol2 bg erti dalam hdop.
da takdir tertulis camtu.
redha jew la.

balqissy said...

dgr kata dia sempat Islam?

87 said...

ari tu ada buat tahlil kat L.A...xpg ke..??hehe..bukan ke dia dah masuk islamke..?kan dia dah buat pengakuan ari tu..kompius plak.!!

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise