Friday, June 12, 2009

Bercinta Selepas Kahwin

http://www.freewebs.com/perkahwinanfynnadam/30%20April%20-%20Sarung%20Cincin.jpg


Percintaan selepas perkahwinan itulah yang paling diredai Allah.

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

(1) Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

(2) Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

(3) Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

(4) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

(5) Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Dalam memilih pasangan pula, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian, antaranya:

(1) Seseorang itu hendaklah memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan diidamkan menjadi kenyataan di alam rumah tangga.

Calon yang paling sesuai ialah yang taat beragama dan berakhlak mulia. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

(2) Bagi keluarga perempuan, hendaklah menyegerakan perkahwinan anak gadis mereka apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak serta berkemampuan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."

(3) Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan." (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)

(4) Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan keturunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."

Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

(5) Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)


** Aku ni bila nak kahwin? Asyik cerita pasal kahwin je,tapi tak kahwin-kahwin juga. Dah sampai masa untuk aku kahwin agaknya ni. Jadi ada tak siapa-siapa yang nak kahwin ngan aku? Bagi peluang ni. hehe :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




8 comments:

Dhada said...

Suda ready kah kamu ?

:P

belianegarasaid...

yolah tu. bagi peluang konon. ko tu memilih sangat. nak yang cantik jek. yg tak cantik ko tolak tepi. tul tak? peace!! :)

surisaid...

betul. cinta pas kawin lagi beshh..

ISA said...

Nikah dulu baru kahwin....

fajridil adha said...

dhada -->> mesti lah dah ready. calon je xde lg ni ^_*

belianegara -->> mestilah beb nak yg cantik. ko dah ada awek cantik leh la ckp mcmtu.huhu

suri -->> betul. apapun,slmt btunang ye.

isa -->> kat malaysia ni, nikah ngan kawin tu sama maksudnya. ko dah kawin ke?

ISA said...

Fajridil,

ha..ha...ha... kena bukak kamus gamaknya...

kena menuntut ilmu nikah dan ilmu kahwin dulu...

jangan marah bro... berbeza tu maksudnya...

memymu said...

tp nape ea...org da kawin salu ckp..rindu nak becinta balik?...hmmm

Gina said...

salam..

haa..lame aku xkomen..ape lg faj..ko kwin je la ngn pilihan mama ko..nti dpt ank kacuk..ok aper..nti msti cute cm aku..hahahaha..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise