Friday, May 22, 2009

Tambi Menang, bertambah kembanglah hidungnya!!

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

*sumber Malaysiakini


**Aku dah lama menjangka keputusan ini. Nampaknya bidang kehakiman sudah jelas tidak lagi menampakkan keadilan. Segala apa yang diputuskan tentunya menyebelahi pihak kerajaan. Inilah akibatnya bila ada kerajaan yang gilakan kuasa sehingga apa jua akan dilakukannya demi mendapatkan apa yang diinginkan. Yang halal diharamkan, Yang haram dihalalkan. Ini lah hadiah kerajaan 1Malaysia untuk rakyatnya...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




7 comments:

sharamli said...

erm...kan senang mcm ni..kit0rang dh tw la sp perasmi pr0gram kt perak nnt...teks MC p0n xperlu diubah2 lagik...

hu3

Anonymoussaid...

bertambah kembang hidung dan bertambah juih la bibirnya yang sememangnya dah terjuih tu..
-wrx-

balqissy said...

itulah~ mcm pelik..
tapi,bila kaitkan dengan dunia politik, ia jadi biasa.

jgn jadi bodoh bleh tak?said...

Sedikit Nasihat untuk Nik Ajis!
Nik Aziz semalam telah mengatakan yang Dr Zambry adalah menteri Besar mahkamah!

Apa lagi aku nak cakap pasal orang tua ni ya? Dah la dia hari itu mensucikan Eli, kata masuk PAS halal, masuk UMNO haram, tak cukup dengan tu, dikatanya pulak Tuhan pun mencarut, sekarang ni pulak dia nak cakap banyak pasal isu Perak!

Hello brader Nik Ajis, lebih baik kau diam je la, kau tu dah tua, patutnya banyak beramal soleh, jangan la keluarkan fatwa yang tak tentu hala wahai Nik Ajis! Dulu aku cukup hormat dengan kau, siap aku panggil kau Tuan Guru lagi, tapi sekarang hilang sudah semua rasa hormat aku pada kau Nik Ajis oi!

Bagi aku kau tak lebih dari seorang politician murahan je, demi kuasa kau sanggup buat apa sahaja, nasihat aku pada kau Nik Ajis! Baik jaga rumah tangga kau je la! Tu dia, aku dengar PAS pun dah mula main politik wang sekarang ni! Elok la kau kawal parti kau sekarang.

Mukatamar pun dah dekat ni, Husam tengah mabuk kuasa ni, sekejap kata tak nak bertanding, sekejap lagi kata nak pulak! Kalau nak cerita pasal PAS ni banyak la boleh aku ceritakan, cuma sekarang ni aku nak bagitau kau satu je!

Kawallah anak buahmu semua, mereka berkelakuan seperti iblis sekarang ini, mungkin bukan semua, tapi disebabkan segelintir inilah, maka orang akan mula membenci PAS! Ingat ya Nik Ajis, disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga! Tunjukkanlah akhlak orang Islam wahai pengikut PAS sekalian!

Last sekali Nik Ajis, si Nizar komunis bintang 3 tu, kenapa perangai dia tu macam syaitan ya? Kau tak boleh nak kawal dia lagi ke Nik Ajis? Dia sekarang ni dikawal oleh Ngeh, Nga, Anwar al juburi wal liwati dan persetubuhan haram HINDRAF je kan?

Kau nak kawal dia pun tak boleh dah, aku tau Nik Ajis, jauh di sudut hatimu tentu kau pun terasa pelik dengan perangai komunis hilang akal Nizar ni kan? Tapi disebabkan ego kau Nik Ajis, macam biasa la, semuanya ok, apa saja pengikut kau buat semua jadi halal hatta MOGOK LAPAR anjuran DAP pun halal kan?

Mana taknya, seorang wanita yang di dapati bersekedudukan dengan lelaki melayu islam pun boleh menjadi suci lepas jumpa kau, ini apa ada hal kan Nik Ajis? Senang cerita tiket nak masuk syurga hanya pada PAS sahaja kan?

Any komen?

mat skodengsaid...

jgn jadi bodoh bleh x, nama je dah menampakkan kebodohan kau dalam berfikir. aku rasa kau ni dah banyak makan duit haram umno, sebabtu suka-suka kau je nak kutuk2 niz aziz yg terkenal dgn waraknya dlm Islam. apa yg kau tulis ni dah selalu aku baca kat mana2 blog. jadi apa yg aku leh simpulkan, kau ni memang bodoh,jadi tak yah la nak membodohkan orang lain. ada faham? kalau tak faham, memang bodoh sangat lah kau ni.

Anonymoussaid...

faj,saper "jgn jd bodoh" tu?
mcm org bodo jer aku nengok....
sia2 jer amalan2 yg si bodo tu dh buat....hangus terbakar mcm daun2 kering tu....harap2 dpt la cium bau syurga wahai si bodo....ingat, ko tu mengumpat...cepat2 la mintak maaf sblm mati....dosa dgn allah senang...bertaubat jer...dosa dgn manusia ni....masya allah....

atok said...

ditujukan kpd si comment psal nik aziz tu.
"jgn jd bodoh!"
haha xpe,kte tggu je plihan raya akan dtg.
hak rakyat akan kembali.
huhu

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise