Tuesday, April 14, 2009

nabil otak terkebil-kebil





Assalamualaikum w.b.t. buat pembaca blog aku yang dah tak berapa nak popular lagi sekarang ni. (huh,keluhan dari seorang jejaka tampan).

First of all, aku agak hairan dengan blog aku ni. Aku update tapi status seperti tak update. Mungkin ada masalah dengan templates baru aku ni. Tapi tak apa lah. Malas pulak nak tukar templates lain.

Dah lama aku tak keluarkan entry yang sedih-sedih macam dulu. Ramai juga yang YM aku Tanya bila nak aku mulakan kembali kisah-kisah percintaan seperti dulu. Aduhai, nampak gaya ramai juga yang suka kisah-kisah cinta yang aku ceritakan. Tapi yang buat aku malas nak buat, agak sedikit yang bagi komen. Kadang-kadang tak ada langsung. Tapi yang masuk ramai pulak. Apa sebab ntah tak sudi tinggalkan komen kat blog aku. adakah kerana ketampanan wajah yang aku miliki? Atau kerana pembaca terlalu menghayati sehingga terlupa nak komen? Atau memang malas nak komen sebab aku tak balas? Haha.. Aku pun silap juga, malas nak balas komen-komen sebelum ni. Lepas tu tak puas hati bila dah tak ada yang nak tinggalkan komen. Pelik aku ni. ^_*

Aku nak cerita sikit tentang anugerah bintang popular 2008 yang berlangsung beberapa hari yang lepas. Walaupun aku tak minat nak tengok acara tu, tapi aku terpaksa tengok juga sebab ahli keluarga aku semua tengok acara berkenaan. Takkan aku nak tukar siaran lain bola kegemaran aku pula kan. Jadi aku layan kepala juga la. Tapi baru nak layan kepala, tengok-tengok nabil dapat award bintang paling popular. Tak kisah lah dia menang apa pun. Tapi yang buat aku naik menyampah, bila tengok aksi dia memeluk teman wanitanya. Aduhai nabil, kau tak sedar ke majlis tu disaksikan jutaan orang di luar sana? Pelbagai jenis orang yang tengok. Dari budak-budak sehinggalah ke orang tua. Tak perlulah kau nak tunjuk aksi yang tak manis dipandang dan memang ditegah dalam Islam. Selama ni kau asyik cakap lu fikirlah sendiri kan. Sekarang aku nak cakap kat kau pulak. Lu fikirlah sendiri nabil !!!

Wah, semacam marah sahaja gaya penulisan aku untuk entry kali ni. Tapi itulah aku, bila marah, aku cerita pasal marah. Bila sedih, entry sedih-sedih yang aku keluarkan. Bila happy, cerita suka riang gembira yang aku paparkan.

Jadi itulah entry untuk kali ni. Akhir kata, jangan lupa komen ok. Haha. ^_^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




10 comments:

mat skodengsaid...

bro, marah bebeno ko ke si nabil tu. tapi tu lah, aku pun tak setuju dengan apa yang dia buat. nasib baik anak aku kecik lg. kalau tak, payah gak beb..

momentinlife said...

hehe penuh emosi entry ini..
tp kalau boleh melegakan perasaan.. thats good! rajin2 la update! =)

kokonatsaid...

btul tuh beb.. nabil tak pandai nak fikir. tu la jadinya bila asyik suruh org lain fikir je. sampai akal dia sdiri pun dah mampu digunakan sebaiknya..

fajridil adha said...

mat skodeng -->> aku xde la marah.. tapi xsetuju ngan tingkahlaku dia. tp apa nak buat, mgkin mak ayah dia suka anak dia mcmtu..

momentinlife -->> entry ni penuh penjiwaan.. hehe.. ok,akan sentiasa di update pas ni..

kokonat -->> tul tu.. akai dia dah bserabut.. sbbtu rambut pun mcm sarang burung.. huhu

mielsasaid...

ala, biase r...artis...nk menunjuk...ahakk!

fajridil adha said...

mielsa -->> tu la psal.. nasib baik x comolot kat situ.. ^_*

nard elainy said...

tu la..mmg menyampah gile..naik pentas pon terkinja-kinja..kawal la diri ckett..suke2 ati je nk plok anak dara org.dpn org ramai leh wat camtu, belakang tak tau la..huhu

sheikh teluk intan said...

Salam Fajridil,

Kalau boleh tolong check mengapa entri baru fajridil, tak otamatis masuk dalam blog list pak sheikh.

Tulisan fajridil bagus. Boleh dikongsi oleh pelawat blog pak sheikh.

fajridil adha said...

nadia -->> anak dara org tu pun sengal gak, yg dia relakan je psal apa? hehe..

tuan sheikh -->> sy pun heran gak. psal apa jd mcmtu.. mgkin templates lama tu ada prob.. ni sy dah tukar standard punya templates.. tak tau la still ada prob gak ke x.. pening gak memikirkan prob ni.. hehe :)

sheikh teluk intan said...

Salam Fajridil,

Pak Sheikh lakukan pembuangan add Blog Fajridil dan masukkan semula,tapi masih tak berjaya. Wajah blog yang sekrang ni ok. Nantilah, Pak sheikh cubalagi.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise