Tuesday, March 17, 2009

lembaga takde disiplin!!



“Buang yang keruh, ambil yang berkarat”. Itu lah yang dapat digambarkan apabila lembaga tak berdisiplin amnoe mengugurkan Pak Ali Itam daripada calon untuk perebutan timbalan presiden manakala Bang Kerek hanya diberikan amaran. Kedua-dua mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah ketika pencalonan diperingkat bahagian tempohari.

Memang kelakar melihat keputusan bangang lembaga tak berdisplin amnoe tersebut. Dah terbukti kedua-dua calon terbabit didapati bersalah tapi mengapa hukuman yang dijatuhkan berbeza? Kesalahan rasuah ini bukan perkara kecil, malah ia adalah satu kesalahan yang amat serius. Apapun alasan yang diberi, yang bersalah tetap bersalah. Jadi hukuman yang tegas dan adil patut diberikan tanpa mengira status orang yang bersalah tersebut.

Ternyata nasib pak ali itam tidak sebaik nasib bang kerek. Impian pak ali itam untuk bertanding sudah tertutup rapi manakala bang kerek masih mampu tersenyum dengan kereknya kerana masih layak bertanding untuk jawatan ketua tak berapa nak muda setelah hanya diberikan amaran yang tiada membawa sebarang makna pun.

Di sidang media yang aku tengok di tv, lembaga tak berdisplin seperti terkial-kial menjawab soalan wartawan apabila ditanyakan mengenai perbezaan hukuman tersebut. Ternyata lembaga tak berdisplin tersebut menyerlahkan lagi kebodohan amnoe kepada seluruh masyarakat. Sudah pasti rakyat kebanyakkan akan bertambah benci melihat situasi sebegini. Mana tidaknya, lembaga tak berdisiplin sebelum ni beriya-iya akan menjatuhkan hukuman paling berat terhadap sesiapapun yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Tapi bila calon yang didakwa jelas didapati bersalah, hanya amaran yang diberikan. Kanak-kanak zaman sekarang pun tak heran jika hanya diberikan amaran apabila melakukan kesalahan. Inikan pula orang tua yang sudah berkarat hatinya. Sudah tentu amaran tersebut akan diperlekehkannya sahaja.

Kini mungkin peratus kebersihan dalam anggota ameno hanya tinggal beberapa persen saja. Mungkin jua sudah tiada langsung yang bersih. Yang awalnya bersih pun sudah menjadi kotor. Yang sudah kotor tu bertambah-tambah kotor lah jawabnya. Yang dah tak bersama ameno pun turut sama mengotorkan lagi kekotoran yang sedia ada. Maka memang amat sukar membersihkan kekotoran tersebut melainkan C4 digunakan untuk melenyapkan sama sekali kekotoran tersebut.

Kalau dah sedari awal kotor, maka akan kotor jua lah hasilnya. Sekiranya rakyat kebanyakkan masih menyokong persatuan yang kotor tersebut, sudah pasti kekotoran jua lah yang bakal diterima.. Jadi,bertindaklah secara bijak..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




10 comments:

zairysaid...

logo dacing Be eNd tu dah tak relevan lagi. patut guna yang mcm display posting ni. baru sesuwaii..

insan tak kereksaid...

bang kerek tu patut dibatalkan pencalonan juga. janganlah ada berat sebelah dalam kes-kes sebegini.

faizal azanisaid...

nampak sekarang,orang2 paklah semakin di pinggirkan kerana najib akan membawa orang2nye pplak..
faham2 jelah....

Anis Mohd said...

hurm ..
apalah nk jd !!

Anonymoussaid...

semakin bercelaru politik kerajaan memerintah. bagaikan retak menanti belah. tunggu masa saja nak tunggu ia terbelah..

fajridil adha said...

zairy -->> tul tu. timbang dia berat sebelah..

insan tak kerek -->> apa nak buat, semua pak angguk2 geleng2 kat amnoe tu..

faizal -->> tu standard la kan.. sape kuat mgampu, dia la dpt pgkt.

anis -->> jd pak angguk la jawabnye.. hehe

anon -->> dah terbelah tp di lekatkan ngan plaster je skrgni.. ^_^

sabrisaid...

mereka mana berani batalkan pencalonan kerry tu, nanti mereka pulak takdok fulus. faham2 ajo lah.

Anonymoussaid...

ni la tanda2 mereka akan kalah besar dlm next pilihan raya beb...

dorang ingat rakyat bodo ke hapa...dorang lg bodo sbb ingat rakyat bodo...wakakakaka....

byk betul bodo aku...arrgh!!ya allah, kau pandaikan lah aku dgn keturunan aku...amin...

rusdysaid...

dah makin biol la umno skrgni. dah tak relevan lagi.

fajridil adha said...

sabri -->> tu la psal.. sendiri mau ingatlah.hehe

anon -->> ni kes org bodoh nak membodohkan org. hehe

rusdy -->> mmg xrelevan lg dah.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise