Friday, January 9, 2009

FAM tegas tak bertempat!!!



Bercerita mengenai persatuan bola sepak Malaysia (FAM), memang tak habis-habis dicetuskan dengan pelbagai kontroversi. Sekarang ni kecoh berkenaan FAM memberi pasukan KL Plus kemenangan percuma 3-0 keatas pasukan Kelantan kerana pasukan tuan rumah gagal menyediakan venue perlawanan ke tempat lain kerana keadaan padang yang becak teruk ditakungi air hujan. Walaupun aku bukan penyokong pasukan Kelantan kerana aku penyokong setia Johor FC, tetapi aku rasa terharu dengan keputusan yang dikenakan FAM keatas Kelantan. Tidak salah jika perkara ini diselesaikan dengan cara perbincangan yang baik. Bukannya menjatuhkan hukuman membuta tuli. Kemana perginya semangat kesukanan? Jika begini pengurusan FAM, sampai bila-bila pun bola sepak di Malaysia ini tidak mampu pergi jauh. Inilah yang dinamakan tegas tak bertempat. Aku rasa adalah sebaiknya pengurusan FAM menarik balik hukuman yang dikenakan agar keadaan yang keruh dapat dijernihkan kembali. Tetapkan tarikh baru yang sesuai untuk perlawanan tersebut. Ini demi memartabatkan kembali bola sepak tanahair yang kerap kali tercalar reputasinya. Majulah sukan untuk Negara. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

harimau_kumbangsaid...

FAM skang bertambah kalut.buat keputusan merepek.guna la akai tu bkn guna b*&tot. x(

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise