Monday, September 15, 2008

saat berdating,apa yg lelaki risaukan??



Walaupun kelihatan tenang dan macho, sebenarnya lelaki ada yang mereka risaukan pada wanita yang sedang mereka pikat atau kekasihnya. Perkara apa yang mampu si macho itu menjadi risau??



Kewangan

Bukan bermakna si dia takut kalah bersaing dangan gaji anda. Tetapi lelaki yang kerkocek tebal sekalipun selalunya akan risau dalam hal kewangan. Ia risau sekiranya anda tertarik hanya kerana duitnya. Apatahlagi sekiranya anda terlalu banyak bertanya tentang pekerjaan dan gaya hidupnya. Bagi lelaki yang pendapatannya hanya cukup-cukup makan pula selalu berasa risau seandainya tidak dapat mengikut gaya hidup anda. Agar si dia tak ketakutan, hindarkan menanyakan perkara yang berkaitan dengan harta benda. Pilihla topik yang lain seperti hobi, buku atau lagu yang biasa dia dengar sehingga dia yakin anda memang tertarik pada keperibadiannya, bukan statusnya.



Tak Tentu Arah

Ada pendapat yang mengatakan bahawa bila seseorang lelaki itu sangat menyukai seseorang wanita, ia akan jadi agak pemalu dan jadi serba tak kena bila berjumpa. Berdating dengan perempuan yang sudah lama disukainya juga selalunya akan memyebabkan lelaki jadi tak keruan. Anda boleh membantu mengurangkan rasa malu lelaki tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang spontan seperti memegang tangannya ataupun memberinya senyuman manis bila melihat si dia jadi segan dengan anda.



Dianggap tak kelakar

Salah satu cara lelaki untuk membuat wanita yang sedang bersamanya berasa keberadaannya adalah dengan membuat gelak tawa. Tetapi selalunya oleh kerana terlalu ingin membuat anda ketawa, kadangkala lelaki jadi seperti orang bodoh dan membuat lawak yang tak menggelikan hati. Tapi untuk menyedapkan hati si dia, anda buat-buatlah seperti lawaknya itu sungguh menggelikan hati anda seperti ada yang menggeletek badan anda. Jadi tekanan si dia yang mulanya tegang akan kembali tenang dan lebih relaks.



Dipaksa memberi komitmen

Kebanyakkan lelaki masih takut untuk memberi komitmen. Jadi sekiranya hubungan anda dan si dia masih setahun jagung, jangan menakutkannya dengan bertanya mengenai status hubungan anda yang sedang terjalin samada untuk mengikat tali pertunangan atau perkahwinan. Relaks saja dulu dan ketika anda bercinta itu gunakanlah untuk mengenal peribadi dan hati masing-masing.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




3 comments:

chuniesaid...

hahah...cara yg kedua n ketiga tu. berguna tu..heheh..boleh try..tp kalo yg laki tu jenis selamber je...mcm mane..??

Princessa said...

btol r..kdg2 lelaki ni cm xyakin ngn diri die..pdhal pompuan xde hal pn..malah memahami lg..ewahh..

Nard Elainysaid...

hmm..suke dgn lelaki yg pndai wat klakar n ske brcrita..best!

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise