Friday, September 5, 2008

Hentikan konflik sebelum terjadi



Perbezaan pendapat ketidaksetujuan adalah perkara yang biasa dalam sesebuah hubungan. Akan tetapi ia boleh berlanjutan hingga menjadi konflik yang serius sehingga mengancam keharmonian yang selama ini dijaga. Sebenarnya api kemarahan kita boleh dipadamkan sebelum ia sempat menyala.



Berhubungan Secara Bijaksana

Fahamilah apa harapan anda pada si dia. Contohnya, bila ternyata anda tak suka si dia masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, beritahu sejujurnya pada si dia. Jangan diamkan perasaan itu sehingga bertukar menjadi krisis. Bila anda tahu apa yang anda mahukan dan juga sebaliknya, maka pertengkaran boleh dielakkan. Dan juga mungkin tak akan berlaku langsung pertengkaran.



Cuba Selesaikan Potensi Masalah

Wanita selalunya akan memendam masalah dan membiarkannya menjadi besar. Akibatnya perkara yang kecil pun mampu menjadi perang dunia ketiga. Hindarkan sifat buruk itu. Lelaki bukanlah ahli nujum yang boleh membaca hati dan fikiran anda. Ajaklah pasangan anda berbincang mengenai apa yang anda berdua suka dan tidak suka. Disamping menjalinkan komunikasi yang baik, cara ini juga mampu membuat pasangan anda rasa disayangi.



Kaji Diri Sendiri

Si dia selalu sangat komplen dan sentiasa mahukan anda ikut segala kemahuannya? Jangan terlalu awal untuk anda memberontak. Kaji dulu diri anda. Adakah perkara-perkara yang si dia tidak suka pada diri anda itu ada kebenarannya dan masuk akal? Dan anda juga jangan terlalu mengalah dan mengikuti segala keingininya. Apatah lagi jika perkara itu berlawanan dengan prinsip hidup anda. Bila sikap anda hanya berpura-pura dan tidak selari dengan keinginan dihati anda, sudah tentu anda akan menjadi Bom Pemusnah yang mampu meletup pada bila-bila masa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

chuniesaid...

cara terbaik tuk mmperbetulkn semua konflik yg ad dgn pasngn adalah berterus terang..jgn d simpn d dlm ht..sbb makin lama d pendam..makin parah jdnya....

dede said...

baik buruknya harus diterima dengan lapang dada, tidak perlu saling menutupi satu sama lain, keterbukaan sangat lah penting...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise