Tuesday, September 9, 2008

Alasan yang biasa perempuan guna bila tak pakai hadiah si dia



Lelaki kalau dah sayang,memang dia akan berusaha untuk menggembirakan pasangannya. Yang biasa dibuat adalah dengan memberikan hadiah. Namun kadangkala hadiah yang diberikan itu tidak disukai oleh perempuan tersebut. Jadi bila ditanya mengapa tak pakai? Macam-macam alasan yang diberikan.

1. Tak matching

Bila si dia belikan hadiah beg berjenama yang agak mahal harganya. Namun sayangnya beg tersebut tidak menepati citarasa anda. Oleh kerana nak menjaga hati si dia, jadi anda pun bagilah alasan warna beg tu tak matching dengan baju. Apalah salahnya pakai saja beg tersebut sebagai tanda menghargai. Tapi biasalahkan,perempuan memang tinggi egonya.



2. Hilang

Tapi ada juga yang bagi alasan, hadiah tersebut hilang. Anda cakap pada si dia yang hadiah tersebut hilang ketika anda singgah ke kedai lain dan segera meminta maaf. Padahal itu semua hanya pura-pura dan lakonan semata agar si dia tidak marah dan kecewa. Bila si dia nak belikan semula, pandai pulak tu nak memujuk si dia agar beli hadiah bersama-sama. Jadi anda boleh pilih sendiri barang apa yang anda mahukan. Kaki kikis betul perempuan ni.Haha.



3. Tak muat

Jika si dia membelikan hadiah baju yang mungkin dah agak ketinggalan fesyen nya. Jadi untuk tak menghampakan si dia, anda beri alasan baju tersebut tak muat. Dalam masa yang sama pandai pula anda memuji si dia kerana belikan anda baju yang cantik. Jadi tak la si dia marah dan tak akan memaksa anda pakai baju tersebut. Bijak betul perempuan zaman sekarang.



4. Diminta oleh Ibu atau Adik Beradik

Alasan ini pun biasa digunakan. Hadiah yang si dia belikan itu kebetulan disukai oleh ibu ataupun akak anda. Padahal anda yang memberi hadiah tersebut kepada ibu anda kerana anda tak suka pemberian tersebut. Bila si dia mengatakan nak belikan yang baru, anda pun beri alasan tak usah lah susah-susah. Tapi kalau nak belikan juga, belikan saja yang lain. Manis betul kata-kata perempuan kan.



5. Alergik

Bila si dia belikan anda jam tangan yang tak berapa mahal, maka anda pun bagi alasan tangan anda alergik atau gatal-gatal bila pakai jam tersebut. Tapi bila dibelikan cincin atau rantai emas, tak ada pula alergik tu. Perempuan memang gila harta.Haha.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




6 comments:

missmysarasaid...

wah,haha..pndai2 je si adha nie ek..mner ader cmni...xbaek taw

rashidsaid...

hohoho..mmang betul beb apa yang ko tulis ni. aku sokong 200%.hahaha

Princessa said...

ish..ish..xsume pompuan cmtu r faj..ade sesetgh jep cmtu..yg jenis xsedar diri n xreti mhargai..xkurang juga lelaki yg bersikap sedemikian..btol x?ape pn yg pntg aku bukan jnis begitu..caiyookkk..

Nard Elainysaid...

ish...tak la.kalau org bg pakai je la..

zusaid...

mmg ade yg btol ape yg awk tulis tu..tp bkn bermakne pompuan xnak pkai ape yg diberi..tp org pompuan simpan tau..

Anonymoussaid...

nak tambah lg ckit la pulak...kekadang kan lelaki ni xpaham ape yg org pompuan nak tau..tu yg die main hentam jek bli pape pon..tnye la dulu ape yg kite suke...btol x??

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise