Thursday, July 3, 2008

pilih pasangan ikut syariat

Islam agama yang menjamin kesejahteraan kepada ma nusia dunia dan akhirat.Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian.Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah tangga.Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak dengan keperibadian Islam.

Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur ka ta-kata kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian.Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain).Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran. Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan dekati tum buhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan.” (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu 'Adi).

Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.”Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.”

Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.

Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”

Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.

Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: “Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya. Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama. Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: “Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai.”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




12 comments:

shamsaid...

susah bro nak dapat pompuan yang kuat agama sekarang ni.. yang kuat main ramai lah.. haha

kenshinsaid...

Oii sham

same je lelaki....
korg la perosaknye.... lagi mau cakap...
time main korg jaguh... pastu pompuan dah rosak pandai nak komplen... cit... busuk punya olang..

sempoi_klsaid...

ewah ewah kenshin ni...
betul la sham tu cakap..
korang kaum hawa dah goda-goda kaum adam pastu bila dah terjadi benda2 tak diingini pandai pulak nak menuduh kaum adam sebagai perosak..
tak adil statement tu...

Kenshinsaid...

abis statement sham tu adil plak...
bingai nyer sempoi_KL

kenshinsaid...

tak payah nak cakat hawa... actually

men & women = equal dari segi baik buruk... tu la psal Allah jadi berpasangan... supaya melengkapi antara satu sama lain...

sedap2 je nak jadi kan alasan pompuan goda... nabi yusof kene goda takde lah gatai macam korg nak terjebak.... kesimpulannya... tepuk dada tanya iman ...

rashidsaid...

nabi mana buleh nak disamakan dengan insan biasa...
ape daaa kenshin ni..
jangan lah emo sangat..
apa yang sham & sempoi_kl tu cakap memang ada kebenarannya..
so,kenshin tak usah nak melenting..
memang dah terang lagi nyata sekarang ni ramai pompuan yang dah rosak..

kenshinsaid...

rashid...

laki pun sama je.... rosak..!!

Anonymoussaid...

yg rosakkan laki tu pompuan la...
sebab sekarang ni lelaki dah terdedah sangat dengan gangguan seksual..
contoh : pompuan seksi2, gedik, suka goda dll..
kalau pompuan pandai jaga aurat & tatasusila, maka dengan itu lelaki tak terganggu imannya..

Anonymoussaid...

tayah nk gaduh2.meh makan sate kajang...........

fajridil said...

sate kajang sedap ker??
lg sedap makan nasi lauk ayam merah pastu pekena teh tarik n air suam kat restoran habib tu.huhu

lelaki tampansaid...

restoran habib mana pulak ni beb.. power ke restoran ni.. mesti glamour kan..

mahirah said...

hu3~ muslimin dan muslimat..hayatilah surah An-Nuur, ayat 30-31.. iAllah,, wujudlah rmai umat yg beriman. :)

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise